Alecia di musim kedua Alecia_Testarossa

Kenangan silam Fate terusik kembali apabila Book Of Darkness @ Buku Kezaliman memerangkap Fate dan membuka mimpi silam. Alecia, Linith, Arf dan Precia hidup bahagia dalam mimpi itu. Fate bagaikan tidak percaya apa yang dialaminya. Kebahagiaan yang layak diterimanya dahulu, berlaku di hadapan matanya. Alecia hidup dan bahagia di samping keluarga Testarossa. Namun, Fate sedar bahawa itu semua hanyalah mimpi. Fate memutuskan untuk kembali ke dunia asal, dan Alecia menyerahkan Bardiche kepada Fate. Fate memecahkan penghadang Book Of Darkness dengan menggunakan form Sprite Zanber. Alecia tidak muncul di musim ketiga, dan hanya gambarnya sahaja masih disimpan oleh Fate.